Innalillahiwainnailaihirajiun Khabar Duka Dari Ayu Damit telah Meninggal Dunia, Si ... (Baca Artikel Penuh)
Bapa penyanyi Ayu Damit, Allahyarham Damit Osiri, 73, menghembuskan nafas terakhir akibat kanser paru-paru tahap empat di Kampung Ketiau, Putatan, Sabah, jam 10 pagi tadi. Ayu berkongsi berita pemergian arwah bapanya menerusi laman Instagram, hari ini.
Katanya, dia bergegas pulang ke kampung halaman, pagi ini, namun tidak sempat bertemu buat kali terakhir.
“Allah jemput arwah bapa pada hari Jumaat, penghulu segala hari. Terima kasih atas segala jasa arwah memelihara dan menyayangi saya sejak kecil hingga saat ini
“Saya berdoa dapat bertemu arwah di syurga,” katanya yang pulang ke kampung halaman seorang diri tanpa ditemani suami dan anak-anaknya.
Juara program realiti, One In A Million pada 2008 itu berkata, arwah bapanya meninggalkan lima anak dan tujuh cucu.
Penyanyi lagu Hanya Di Mercu itu berkata, jenazah arwah perlu dibawa ke hospital berdekatan untuk menjalani prosedur pandemik COVID-19 termasuk ujian calitan.
“Saya belum dapat memastikan waktu pengebumian. Insya-Allah, saya berharap pengebumian dapat disegerakan,”
– Ayu Damit
Ayu berkata, dia tiba ke kampung halaman dengan menaiki penerbangan, pagi ini, tetapi hanya berselisih dengan van yang membawa jenazah ke hospital.
“Jika ikutkan, saya nak pulang semalam, tetapi tiada penerbangan. Saya dimaklumkan arwah sudah nazak.
“Arwah tidak buka mata sejak lima hari lalu. Cuma, arwah ada beritahu nak sangat tengok saya.
“Saya bergegas buat ujian calitan COVID-19, semalam. Sedihnya, saya hanya berselisih dengan van membawa jenazah ke hospital apabila tiba di kampung,”
– Ayu Damit
Salam takziah/ Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah.
*Sumber: BH Online