Innalillahiwainnailaihirajiun Khabar Duka Dari Amy Search telah Meninggal Dunia, Si ... (Baca Artikel Penuh)



Pada tengah malam tadi, penyanyi lagenda rock terkenal, Amy Search telah berkongsi khabar duka di Instagram miliknya apabila ibunya yang tercinta, Hajjah Fatimah Haji Idris telah kembali ke rahmatullah. Dikhabarkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 88 tahun di kediaman anak saudaranya di Kota Damansara pada jam 10.45 malam tadi.

Isi Kandungan:

Jenazah Selamat Dikebumikan 

Dalam perkongsian susulan, di Insta-story nya sebentar tadi, Amy berkongsi beberapa foto dan video yang memperlihatkan jenazah ibunya telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9 Kota Damansara. 

“Insya-ALLAH arwah mak akan dimandikan esok (Isnin) jam 8 pagi di Masjid Kuning Kota Damansara dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9 Kota Damansara,”

– Amy Search
Ibu Amy Search Meninggal Dunia Di Usia 88 Tahun, Jenazah Selamat Dikebumikan

Jenazah akan dimandikan pada jam 8 pagi di Masjid Kuning Kota Damansara dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara.

Ibu Amy Search Meninggal Dunia Di Usia 88 Tahun, Jenazah Selamat Dikebumikan

“Doakan Ibu saya, Hajjah Fatimah Haji Idris telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi (pukul 10.45 malam tadi),”

– Amy Search

Malah anak penyanyi rock ini yang juga pelakon dan pengacara, Nabila Huda turut berkongsi beberapa hantaran yang menyedihkan mengenai pemergian neneknya.

Ibu Amy Search Meninggal Dunia Di Usia 88 Tahun, Jenazah Selamat Dikebumikan

Ucapan Takziah dari Selebriti 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata selebriti dan peminat membanjiri dengan ucapan takziah dan mendoakan agar roh Allahyarhamah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. 

Ibu Amy Search Meninggal Dunia Di Usia 88 Tahun, Jenazah Selamat Dikebumikan

Pernah Menetap Bersama Amy 

Sebelum ini, Allahyarham pernah menetap bersama Amy di ibu Kota dan kerap dikunjungi cucunya yang juga seorang pelakon, Nabila Huda sebelum kembali ke kampung di Johor Bahru. 

Sejak itu, Amy kerap pulang untuk menziarahi ibunya namun terbatas apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diwartakan.