Amran Tompel Meninggal Dunia, AR Badul Cerita Apa Yang Terjadi



Abang Allahyarham, pelakon AR Badul ketika dihubungi berkata, arwah adiknya sepatutnya tamat tempoh kuarantin hari ini.

Terdahulu Amran atau nama sebenarnya Amran Aman Ramlie mengalami gejala pelupa selepas terlantar akibat serangan angin ahmar.

Dia juga kurang selera makan hingga berat badannya semakin menurun.

Allahyarham dimasukkan ke Hospital Jelebu, Negeri Sembilan pada awal Mac 2020 selepas mengadu tangan kirinya tidak boleh bergerak.

Bagaimanapun, selepas empat hari dia dibenarkan pulang.

Beliau yang pernah mewarnai industri lakonan tanah air sekitar 1990-an hingga 2014, sebelum ini pernah beberapa kali diserang angin ahmar.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Hafiz Nafiah menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai kehilangan besar kepada industri kreatif tempatan.

Difahamkan, jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Forest Heights, Senawang kira-kira pukul 9.45 malam.

Turut kelihatan hadir pada majlis pengkebumian tersebut ialah adik beradik Allahyarham iaitu AR Badul dan Adlin Aman Ramlie.

Untuk rekod, arwah Amran Tompel yang dilahirkan pada 27 Oktober 1950 di Singapura ini pernah membintangi beberapa filem seperti Buai Laju-laju, Tak Ori Tapi Ok, Salah Bapak, Bilut, Baik Giler, Lu, Gua, Bro, Gerak Khas dan banyak lagi.